header image
 

i read and would like to share

WHAT TEACHERS MAKE

The dinner guests were sitting around the table discussing life.

One man, a CEO, decided to explain the problem with education. He argued, "What’s a kid going to learn from someone who decided his best option in life was to become a teacher?"

He reminded the other dinner guests what they say about teachers: "Those who can, do. Those who can’t, teach."

To stress his point he said to another guest;
"You’re a teacher, Bonnie. Be honest. What do you make?"

Bonnie, who had a reputation for honesty and frankness replied, "You want to know what I make? (She paused for a second, then began…)

"Well, I make kids work harder than they ever thought they could.

I make a C+ feel like the Congressional Medal of Honor.

I make kids sit through 40 minutes of class time when their parents can’t make them sit for 5 without an I Pod, Game Cube or movie rental.

You want to know what I make?" (She paused again and looked at each and every person at the table.)

”I make kids wonder.

I make them question.

I make them apologize and mean it.

I make them have respect and take responsibility for their actions.

I teach them to write and then I make them write. Keyboarding isn’t everything.

I make them read, read, read.

I make them show all their work in math. They use their God given brain, not the man-made calculator.

I make my students from other countries learn everything they need to know in English while preserving their unique cultural identity.

I make my classroom a place where all my students feel safe.

I make my students stand, placing their hand over their heart to say the Pledge of Allegiance to the Flag, One Nation Under God.

Finally, I make them understand that if they use the gifts they were given, work hard, and follow their hearts, they can succeed in life."

(Bonnie paused one last time and then continued.)

"Then, when people try to judge me by what I make, with me knowing money isn’t everything, I can hold my head up high and pay no attention because they are ignorant… You want to know what I make?

I MAKE A DIFFERENCE . What do you make Mr. CEO?"

His jaw dropped, he went silent.

BN sentiasa bersamamu Johor Bahru

okay…aku terbaca poster ini tergantung di merata JB ni menandakan begitu besar maknanya kemenangan BN di JB buat PRU kali ini. Ternyata, rakyat Johor masih setia bersama BN yang kini rata-rata menjadi pembangkang di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Aku bukan seorang ahli politik ataupun penganalisis politik di mana2 Universiti besau2 di Malaysia, tapi pastinya aku rakyat Malaysia yang mempunyai peranan dan pendapat tersendiri tentang PRU-12 kali ini. Aku rasa sedih sebagai penyokong BN, BN mengalami zaman keruntuhannyabuat kali ini, namun aku percaya ada hikmahnya buat kekalahan BN kali ini. Ia bukan sahaja menyedarkan wakil rakyat bahawa pentingnya berjiwa rakyat, ia juga menandakan besarnya erti ‘DEMOKRASI’ secara keseluruhannya.

Walaupun demokrasi itu penting, kadang2 terdetik perasaan risau di hati, kerana, bukan setiap kali setiap masa pilihan rakyat itu betul dan tepat. Malah, kadang2 kita takut kebanyakan yang turun mengundi sudah terlalu moden pemikirannya(kononlah) sampai mengenepikan soal agama, imej bangsa dan negara. Sometimes majority is not always right…but they have to bear their own consequences. Masa tuh, jangan pula jilat ludah sendiri…mengutuk pemimpin yang mereka pilih sendiri…irony…sebab itu, fikirlah sebelum bertindak wahai manusia.

Persoalannya, BN sebuah parti lama yang telah membentuk kerajaan selama 50 tahun dan memperoleh kemenangan hampir setiap 5 tahun dengan majoriti 2/3….kali ini, nampak begitu ketara perubahan pemiliran rakyat sehingga menjadi buah mulut hampir setiap pakcik makcik abang akak di kedai mamak dan di rumah. Yang aku kurang faham, kebanyakan yang tidak mengundi BN ialah dari golongan yang berkhidmat di bawah kerajaan dan mendapat pelbagai kelebihan dan kebajikan kerajaan. Bolehkah kita gunakan perkataan ‘khianat’ untuk kes begini?? Melayu tidak lagi tahu erti berterima kasih? Tidak lagi tahu pentingnya mengenang budi dan melupakan sejarah…siapa yang memeperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu? Begitu sensitif sekali untuk diperkatakan.

Pada pendapat aku, mungkin terlalu ramai yang tidak puas hati dengan kerajaan dan sebagai tanda untuk menunjukkan perasaan mogok mereka, mereka mengundi parti pembangkang yang menjanjikan ‘Nagara Kebajikan’ sebagai janji utama sekiranya kerajaan persekutuan dapat mereka menangi…Ternyata aku tidak sedikit pun termakan dengan manifesto yang aku rasa tidak logik. Nampaknya, tidak ramai yang sependapat dengan aku, malah termakan dengan jaji yang hanya mengutamakan MINYAK TURUN dan HARGA BARANG TURUN….Hahaha…Sampai bila negara nak maju dengan rakyat yang asyil bergantung harap dengan SUBSIDI…Sampai bila kerajaan perlu memberi bantuan sampaikan bantuan tersebut tidak membantu pun rakyat berdikari, malah menjadi lebih malas mungkin…?

Aku seorang yang tidak sukakan sentimen perkauman dibangkitkan. Namun, secara tidak langsung, ia dibangkitkan tanpa disedari oleh rakyat Malaysiaku sendiri…Oh…sedihnya..Apa pandangan rakyat negara asing terhadap kita? Mungkin sedang gelak memerhatikan gelagat rakyat Malaysia yang kebanyakannya sudah hilang jati diri…sudah tidak bangga dengan Malaysia, sudah tidak mengingati jasa org yang membangunkan Malaysia dan membentuk Malaysia..Barangkali apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu menjadi realiti…’Melayu mudah lupa’…

Apa yang aku harapkan kini, Malaysia yang aman dan makmur tanpa pertempuran politik sehingga meyebabkan rakyat yang tidak bersalah merasai tempias yang disebabkan oleh pihak atasan. Aku perlukan penambahbaikan…bukan perubahan yang membawa kepada kemusnahan…sekian.

diary teacher version 3

Last week, i am very busy. Kalau tanya sibuk tentang apa, mestilah kerja..kerja..kerja..Patutlah cikgu perlu banyak cuti, sekarang baru aku faham. Kerja cikgu rupanya waktu cuti pun perlu bekerja..haha…cuti seminggu ni seolah-olah membuka peluang untuk para guru yang busy ni tadi menyiapkanlah apa yang boleh..seperti menanda buku, mengemaskini akaun semasa, mengemaskini fail lisan dan sebagainya..Itulah..kerja cikgu bukan mudah, lepas ni kalau korang ada terdengar orang mengatakan kerja cikgu mudah, kerja sekerat hari ni..korang suruh dia baca blog aku..huhuhu

Esok merupakan pilihan raya umum yang ke-12. Aku sebagai rakyat Malaysia kesal juga kerana tak sempat mendaftarkan nama untuk mengundi buat kali pertama. Rupa-rupanya, bukan waktu pilihan raya je ada politik, di pejabat pun penuh dengan politik. Di gelanggang bola jaring sekalipun, ada politik..politik ini menggerunkan, kalau jatuh ke atas tangan orang yang berhati perut..maka baiklah jadinya, kalau jatuh ke atas tangan orang yang tamak haloba, astaghfirullahalazimm…bukan apa, walaupun demokratik, kuasa penuh tetap di atas tangan orang yang memerintah.

Aku lebih suka letak dan berdiri di pihak yang neutral. Aku bukan seorang yang mudah dipengaruhi. Pernah aku begitu yakin menolak pelawaan orang untuk masuk ke disko, pernah aku begitu yakin berjudi itu haram, pernah aku begitu yakin akan mengundi BN sekiranya aku boleh mengundi…kerana aku yakin setiap manusia, setiap individu pernah dan boleh melakukan kesilapan samada mereka sedar atau tidak. namun, kita boleh memberi mereka peluang untuk menyedari kesilapan itu dan melakukan perubahan, jangan sesekali give them dead ends. Namun, aku tidak mengizinkan diri aku melakukan kesilapan yang tidak boleh aku insafi dan berubah…kerana itu tindakan membunuh diri.

Dalam zaman sekarang ini, ramai lahirnya manusia ‘bijak pandai’. Bijak tang mana tuh tak tahula..Tapi ego untuk mengakui kesilapan diri…Ironically, still membuka pekung di dada..itulah, manusia ‘bijak pandai’ zaman sekarang. Aku cukup pantang bila mengajar kelas budak pandai yang begitu riak dengan kebijaksanaan yang dikurniakan atau dipinjam sementara oleh Allah SWT..pasti akan ku tegur…berlagak dengan sesuatu yang bukan milik kita..hampeh…Tahun ini, aku diberi peluang mengajar satu kelas darjah empat yang bijak, kelas pertamala katakan. Namun, aku mahu membentuk mereka menjadi manusia yang bijak bukannya golongan bijak pandai. Bijak akhlak, bijak budi pekerti dan bukan lagi hanya akademik semata-mata.Insyaallah…

Kami guru Malaysia…

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka

kami ungkapkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu….Membina….

Negara yang tercinta

Amanah yang diberi

kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

hahha…Inilah lagu yang sentiasa membakar semangat jiwa setiap pendidik di Malaysia. macam-macam isu kini yang membabitkan guru di Malaysia ni..Tidak habis-habis kecohnya..isu cikgu saman ibu bapa..ibu bapa saman guru, macam-macam ada di Malaysia ni kan?

Kami turut diserang bertalu-talu khususnya dalam satu siaran televisyen swasta selama seminggu dan turut diberi gelaran ‘cikgu 25hb’. Ini merupakan hasil penulisan seseorang melalui forum..yang aku rasa patut sekiranya we teachers, know what other people think about us..and of course take extra cautions..

Menurutnya:

im sorry if you are a teacher…
tapi bila kita fikir balik… kalau bebudak yang lain mengadu benda yang sama kat parents derang.. adakah itu salah parents yang terlampau percaya kepada anak anak?

kalau ibu bapa lain jugak mengadu anak anak balik rumah bawak homework tanpa sebarang idea cemana nak buat homework tu, salah ibu bapa ke terlampau percaya kan anak anak?

ada sebab kenapa ibu bapa percaya kan anak anak lebih sekarang berbanding guru…

my mother sendiri pegi sekolah confront the teachers…
asking why anak die balik rumah tak tau nak buat keje rumah…
pandai pulak berdalih kata cikgu cikgu ada meeting sedangkan satu kelas nampak cikgu nye bersembang kat luar kelas…

tak cukup dengan tu… this particular teachers pick on my sister pulak…
perli perli dia dalam kelas….menangis budak kecik tu.. stress taknak pegi sekolah… asyik kena perli dengan cikgu…

im not saying all cikgu-s macam ni.. tapi i believe back then, payah la nak jumpe cikgu cikgu yang cem ni…
but to say cikgu sekarang BANYAKKK menabur bakti - it’s overrated…
i dont believe cikgu sekarang mendidik… derang mengajar ikot silibus je…

Hahaha…and they think we teachers have nothing better to do in school sampai lepas waktu persekolahan pun kena babysit their children..huhu..that’s pathetic!!! Kalau kami bukan mendidik dan hanya mengikut silibus, maka tidak perlulah kami menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid seperti mana yang aku lakukan setiap kali mengajar..To be frank, kerja mendidik sebenarnya bermula dari rumah, dididik oleh ibu bapa, tetapi oleh kerana ibu bapa zaman sekarang terlalu tidak mengambil tahu sehinggakan banyak subjek baru perlu diwujudkan di sekolah untuk men’sivik’kan semula anak2 mereka…di’moral’kan semula anak2 mereka..dan di’nilai moral’kan semula individu-individu di sekolah..

Aku cuma berharap cikgu-cikgu sedunia tidak membiarkan segala cemuhan dan tohmahan tidak berasas itu mengganggu jiwa. Selagi niat ikhlas mendidik, tidak ada sesiapa dapat menilai kita melainkan Allah SWT. Jadilah guru Malaysia yang sentiasa memegang pada janji, membentuk manusia menjadi manusia yang berguna, membentuk kemenjadian insan yang seimbang dan harmonis supaya Negara semakin maju dan kuranglah orang yang berfikiran tanpa rasional dan suka mengadu-domba serta menabur fitnah.

- Berani kerana benar -

Saya bangsa Malaysia

REFLEKSI GADIS 23

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Awak bangsa apa?

Bangsa Melayu.

Awak?

Cina

Awak pula?

India..

Bukan niatku untuk menimbulkan isu ini, yang mungkin dipandang remeh oleh rakyat Malaysia. Namun, sejak kebelakangan ini, memang sering kedengaran pelbagai kekecohan yang berlaku, seperti perhimpunan HINDRAF baru-baru ini di Gombak, Perhimpunan BERSIH serta kononnya persengketaan antara kaum india dan melayu di Pasir Gudang, Johor. Ini amat membimbangkan….

Lupa sudahkah kita? Malaysia asalnya Tanah Melayu, yang dijajah selama 446 tahun oleh pelbagai kuasa besar seperti British, Belanda, Portugis, Jepun. PUNCA dijajah? PERPECAHAN KAUM di dalam negara, antara peristiwa pahit yang sukar dilupakan dan diharap menjadi iktibar ialah peristiwa 13 Mei terjadinya rusuhan kaum. Masa itu, Melayu mempertahankan hak orang melayu, India mempertahankan hak org india, cina memepertahankan hak mereka…Tiada satu kaum hendak mengalah. Kejatuhan empayar kesultanan melaka suatu ketika dahulu kerana perpecahan dalam negeri, kejatuhan seluruh tanah melayu kerana perebutan kuasa antara pembesar serta kekecohan dalam negeri….Apakah semua ini tidak cukup untuk menunjukkan begitu pentingnya perpaduan?? Kini, jika perpecahan kaum berlaku, tidak mustahil Malaysia dijajah semula!!! Begitukah cara kita membalas jasa dan budi nenek moyang kita yang telah bersungguh-sungguh memperjuangkan ’KEMERDEKAAN’.

Mungkin kita tidak dapat merasai kemenangan pada 31Ogos 1957 dengan jelas….Mungkin kita tidak rasa sukarnya hidup di bawah pemerintahan British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Melayu ditempatkan di kampung-kampung, menjadi nelayan dan petani, India menjadi peladang di estet-estet dan cina sedikit bertuah kerana merupakan anak emas British dan diberi peluang berniaga serta tinggal di kawasan bandar. Namun, pihak penjajah masih menjadikan kita patung dan permainan serta peralatan untuk mereka memperoleh dan menghabiskan semua sumber Tanah Melayu pada waktu itu. Kita juga barangkali tidak merasakan penderitaan sewaktu penjajahan Jepun yang sehingga makanan pun sukar diperolehi. mahukah kita dijajah semula??? Fikirlah wahai rakyat Malaysia.

Kini, apabila berlakunya kekecohan dalam negeri, mereka tergelak, mereka tergelak melihat negara dunia ketiga ini yang sudah 50 tahun merdeka, kononnya unik, ber’satu hati’ memepertahankan negara kini mulai berpecah-belah. benar-benar ’Eyes on Malaysia’ kata mereka…..Banyak bantuan yang dihulurkan semata-mata hanya inginkan kepentingan. Ingatlah, Malaysia merupakan satu negara yang paling strategik dan kaya dengan sumber, kita menjadi sasaran sentiasa.

Jika hak istimewa yang diperjuangkan, apakah tidak cukup selesa dan aman kehidupan kamu sekarang? Kontrak sosial sudah lama tertulis, dengan syarat, melayu membenarkan kerakyatan diberi kepada kaum selain melayu dan bumi putera tetapi….

  1. Agama Islam agama rasmi(namun kaum lain bebas beragama)

  2. Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan (mereka diberi kebebasan berbahasa)

  3. Kedaulatan sultan dikekalkan dan YDPA sebagai ketua negara.

  4. hak istimewa melayu dan bumiputera dikekalkan.

Bukankah ini sejarah? Janji yang telah tertulis dalam perlembagaan sejak merdeka dahulu? Apa lagi yang perlu dipertikaikan? Renung-renunglah sekeliling anda…Adakah negara lain yang pemimpinnya serta rakyatnya begitu baik hati dan bertolak ansur? Tidak perlu dekat…..cukup di Indonesia, Rakyat dipaksa bercakap bahasa Indonesia…tidak ada pilihan diberikan. Di negara maju yang terdiri daripada pelbagai bangsa berlakunya penindasan terhadap bangsa yang lemah…Namun, di Malaysia, kami memberi peluang, bebas, aman, tenteram. Apa lagi yang kamu mahukan wahai rakyat Malaysia?

Dalam kalangan bangsa turut berlaku persengketaan sesama sendiri, kerana? Politik….Membuat keputusan berlandaskan emosi. Tidak langsung memberi peluang kepada pemerintah melaksanakan dasar-dasar untuk kemajuan negara. Ingin menukar kerajaan…Ironinya, seolah-olah yakin dengan kerajaan baru, hidup akan menjadi lebih baik dari sekarang…sedangkan kita lupa mengkaji asas-asas perjuangan setiap parti. hanya mengikut orang lain, macam lalang. Sebagai rakyat Malaysia, langsung tidak berbangga dengan negara sendiri. Jika bukan kita berbangga dengan negara kita, siapa lagi?

Ingatkah lagi wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Tun Mahathir sewaktu beliau memegang jawatan perdana menteri pada 28 Februari 1991? Cabaran yang utama ialah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu-padu, kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Tanyalah diri, selama ini, pernahkah kita berbakti kepada negara? Memperjuang untuk negara? Malah pernahkah ada sumbangan kita kepada negara….Selama ini, kerajaan yang banyak berbakti dan berjasa serta bersengkang mata untuk mempertahankan Malaysia daripada serangan kuasa luar..sedarkah kita?

Oleh itu, janganlah menjadi kacang yang melupakan kulitnya. Setiap tindakan yang dibuat perlu berfikir dengan rasional. Kembalilah kepada asal-usul kita…sejarah nenek moyang kita yang berpenat-lelah memperjuangkan nasib negara. Sebagai seorang individu yang berpendidikan…THINK AGAIN…jangan sebab kita, tanah air tergadai.

Saya bangsa Malaysia.

a teacher’s diary Version 2

dear diary,

Kan dah kata…sekejap jer praktikal dah abish..sekarang nih tgh bercuti raya kat umah..dah raya ke-3 dah pun…Praktikal memang okay…tak dicalonkan cemerlang, direntas tidak, dicantas pun idak…hehehe…tp yang penting i’m happy..happy with the result.

Masa hari terakhir, penuh hadiah budak2 ni bagi..diorang kata diorang sayang kat aku..hehe…aku pun sayang jugak kat mereka.Antara hadiah2 yang mereka bagi at aku, ada mug, test pad, note book, pen, ada juga yang bg aku toiletteries???Brooch mak dia???Ya Allah..tak leh bayangkan mcmana reaksi mak depa kalau cari2 brooch tak jumpa nanti…Tapi, aku taklah bg balik kat diorang, tanda appreciate..

Pastuh masuklah semula kelas…next week exam pulak? Lagu semaian subur kembali bergema kat gegendang ni tiap2 hari Isnin..kalau dulu, aku hanya menyanyikan lagu sekolah SKSP…’Kami ini…Bunga Bangsa…Tunas Harapan Negara…Kami harapan…blablabla…’ sekarang..lagu semaian subur semula..macam itulah agaknya, bila belum praktikal, nakkkkk sangat praktikal sbb bermacam2 asignment perlu disiapkan..bila dah praktikal, nakkkkkk cepat abis pulak..nak posting…nanti bila dah posting, mesti nak masuk kursus kat institut balik kan? Itulah manusia, mana pernah puas hati dengan apa yang sedang dialami..mesti ada sahaja alasan.

Masa raya kat rumah nenek sedara aku arituh..dia tanya, aku nak posting mana? Sbh sarawak ke? isyy..kalau boleh mestilah nak posting kat belakang rumah jer..:) nak balik senang, nak g sekolah pun senang…mesti ada yang kata aku ni tak adventurous langsung kan?ekeke…k lah..daaa diary..

a teacher’s diary

Dah nak masuk minggu ke-4 drpd 12 minggu praktikal…observation dh pernah sekali, folio pun mula dah berwarna-warni. Pejam celik pejam celik, sekejap jer kan? tgk2 kang dh posting la pulak..hehe.. kat SKSP ni…semua cikgu termasuk guru besar baik-baik belaka. Setakat ni takde masalah…antara kelas aku ialah 6Alamanda, 6 Cactus, 5 Balsam, 4 Alamanda dan 4 Balsam..bilangan murid dalam kelas darjah 4 seramai 40-41 orang….mak aihhh..bayangkan macam mana nak mengawal mereka? Tetapi, Alhamdulillah setakat ni, tiada masalah, dengan berbekalkan ilmu pendidikan yang ada..insyaAllah, macam2 cara aku dah cuba mengawal anak murid aku..Hari Rabu pada minggu ke-2, Pn Zahrah dah datang observe, dia beri penilaian yang average kepada kami(aku dan kak zu), dia kata untuk mengajar buat kali pertama ni, kami berada pada tahap yang ‘okay’….masih banyak yang boleh ditingkatkan..pada pendapat aku, Pn Zahrah menegur dan memberi nasihat yang sangat berguna kepada kami, banyak yang dapat aku belajar dari kesan pemerhatian dia itu. Bila berada di sekolah ni, aku dapat rasa satu keseronokan dan kepuasan bila mengajar, walaupun aku kengkadang kene kuatkan suara aku sampai naik sakit bagai nak terkeluar anak tekak aku ni…tapi, aku percaya, setiap perbuatan ikhlas, tidak akan aku menyesal di hari2 mendatang. apabila melihat mereka berjaya, aku merasakan suatu kepuasan yang amat mendalam..barangkali itu juga perasaan cikgu2 yang pernah mengajar aku dolu2…oklah diary teacher..guesss i’ll stop here first..daaa

Pendidikan Luar Minor PJ KPLI-KH…selamat..

Pada 6hb Mei, aku bertolak bersama 40 rakan-rakan yang lain ke Pulau Tioman, perasaan? seronok banget..maklumlah..kalau dulu kat kustem pun selalu ke laut, bila dh lama tak naik kapal or menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan yang satu nih..rasa rindu plak..aku beruntunglah sebabb dari dulu sampai la ni memang takde masalah mabuk laut. Kelas aku ni kira beruntung sebab kami dapat ke Pulau Tioman dan aktiviti yang menakutkan seperti solo camping di’tiada’kan kerana kami sahaja dua opsyen yang dipantau BPG. Part yang paling memenatkan bila kami kene punggah2 barang2..tak habis2 en. Arshad mengingatkan kami supaya mengangkat harta2 kerajaan dahulu, baru kami boleh bawa beg camping masing2..Bila dah tiba di Jeti Kg Juara, Pulau Tioman, kami perlu mengangkat barang2 itu ke tapak perkhemahan yang berada lebih kurang 30meter jaraknya…bayangkanlah…selepas itu, kami terus mula memasak untuk makan malam dan minum petang..yang lain pula mendirikan khemah..keesokan harinya, aktiviti yang perlu dilakukan ialah abseiling, serta sukaneka..First time jugaklah aku abseiling, dulu pernah abseiliing turun pokok jer, itupun, tak belajar skills, cume turun sahaja..kali ini, aku dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran abseiling…En. arshad kata aku nangis..mana ada aku nangis!!!cess..cuma mula2 tu jer ada slight accident bila aku tergelincir..then naik balik, and abseiling semula..pengalaman yang menyeronokkan..Selepas sukaneka, ada aktiviti tambahan di amna cik Sherieyna memberi sedikit penerangan snokling sebagai persediaan untuk hari esok. Antara banyak2 aktiviti, aku paling suka snorkling kot, mungkin disebabkan aku berpengalaman, and suka tgk ikan dan hidupan di dasar laut…dan suka berenang..banyak ikan yang berwarna-warni, semasa di Taman Laut, kami berpeluang melihat banyak ikan yang pelbagai jenis dan memberi ikan makan roti..kerana kawasan snorkling itu memang di bawah jagaan. Aktiviti seterusnya ialah night trekking, kami dikehendaki berjalan menutup mata di dalam hutan dan memasak di destinasi menggunakan kayu api serta mass tin..dan aktiviti terakhir ialah gotong-royong.

Pada malam kebudayaan pula, kami membuat persembahan..sketsa dsbgnya..kesimpulannya, one word, seronok,….walaupun ada sedikit kekurangan apabila baju kami banyak yang basah sebab hujan lebat sehari sebelum balik, khemah kami dimasuki air..

Dear diary…

13 Mac 2007                                     Selasa

One weEk of holidays…tidak begitu rileks…fikiran masih sgtlah letih, banyak kerjaku yang masih belum selesai…Semalam dah survey laptop..and finally i decided to buy one..

Sekarang tgh fikir mcmana nak buat model troli menggunakan cebisan2 kotak ni…erm…sejak masuk sini..pemikiran tak kreatif pun kene paksa penggunaan otak kanan yang selama nih tak aktif…gitula hidup, sentiasa belajar dan belajar. Nak buat yang terbaik..terbaik..terbaik…stressful tho…Kengkadang i do wish i’m a genius..tak yah belajar pun leh pandai…manusia ni biasalah..tak pernah nak bersyukur..huhuhu…

Pejam celik dah bulan 3 rupanya…bulan 6 aku praktikal..insyaAllah..minta2 semuanya berjalan dengan lancar, tanpa sebarang gangguan. Setakat luahan dalam diary blog nih..takpe kan?? Jalan yang telah tertulis untukku….kan ku redahi dengan tabah dengan izinNya..

Awas!!!! Jagalah kucing anda…

Sebagai cat loVer, rasa tak wajar sangat bila dapat berita yang haiwan peliharaan anda bukan lagi dalam keadaan selamat, khususnya di Johor Bahru. Di mana warga asing daripada Vietnam, menjadikan kucing sebagai makanan dengan alasan kos sara hidup yang tinggi di Bandar, dan terpaksa melakukannya untuk hidup…then…they choose to eat our pets??? Menakutkan..tapi itulah kenyataan. Memang tak dinafikan kucing atau anjing memang makanan RUTIN depa kat negara asal mereka, tetapi, bukan di Malaysia!!! Mereka harus faham bahawa di Malaysia, kucing dan anjing bukan makanan tetapi binatang peliharaan yang disayangi. Lebih mengecewakan lagi apabila yang memulakan semua ini ialah rakyat Malaysia sendiri, di mana mereka sanggup menangkap haiwan2 peliharaan ini untuk mengaut keuntungan dr kalangan warga asing dengan menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah dr harga makanan mentah di pasar….After all, they caught the pets for free..they don’t need any capital to start for the business…it’s disgusting!!! Tidak berperikemanusiaan langsung!!! Mengapa wujudnya manusia yang sanggup mendapat untung dgn membina penderitaan atas kehidupan orang lain??? Oleh itu, kepada sesiapa yang mempunyai haiwan peliharaan, eloklah kita sama2 memberi perhatian ke atas keselamatan haiwan peliharaan kita tuh..jgn lepaskan mereka sewaktu ketiadaan kita di rumah..Berikut merupakan berita yang terpapar pada dada akhbar hari ini…

Warga asing mengaku makan kucing, anjing
Oleh Mohd Zin Ali

Kos sara hidup tinggi di bandar raya didakwa punca tindakan

JOHOR BAHRU: Sebahagian pekerja asing terutama membabitkan warga Vietnam mengaku menangkap dan memakan kucing serta anjing liar bagi dijadikan makanan berikutan kos sara hidup yang tinggi di bandar raya itu.

Warga asing terbabit mendakwa terpaksa berbuat demikian apabila kehabisan wang dan gaji bulanan yang kecil.

Seorang warga Vietnam yang berasal dari Hanoi, Hong Duc Tuong, 43, berkata beliau dan rakannya memakan haiwan berkenaan bagi meneruskan kehidupan termasuk mengurangkan kos sara hidup.

Beliau berkata, haiwan yang ditangkap itu akan disembelih dan dilapah sebelum dibahagi antara rakan yang menghuni sekitar kawasan perumahan itu.

"Kadangkala kami tiada wang untuk membeli makanan berikutan gaji bulanan hanya kira-kira RM400. Jadi, kami tiada pilihan serta terpaksa memakan kucing dan anjing untuk menampung hidup," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja yang hanya ingin dikenali sebagai Hauy, 22, berkata tabiat makan kucing dan anjing adalah kebiasaan rakyat Vietnam.

Bagaimanapun, beliau mengakui rasa serba salah kerana tindakan mereka tidak disenangi penduduk setempat termasuk apabila sebahagian penduduk mengadu kehilangan kucing peliharaan mereka.

"Kami tidak takut risiko kesihatan akibat tabiat memakan binatang berkenaan kerana anjing dan kucing antara sumber makanan di negara asal kami," katanya.

Bagaimanapun, seorang pekerja Nepal, S Samundra, 46, berkata tindakan pekerja Vietnam terbabit menyebabkan imej pekerja asing dari negara lain turut tercemar.

"Kami juga susah tetapi sanggup berkongsi wang untuk membeli makanan sekadar untuk mengalas perut dan bukannya dengan bertindak menyembelih binatang kesayangan penduduk tempatan," katanya.

Kelmarin, akhbar mendedahkan tabiat segelintir pekerja asing yang gemar memakan binatang peliharaan sehingga menimbulkan keresahan di kalangan penduduk tempatan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah kumpulan pekerja asing warga Vietnam dan Nepal itu mengakibatkan penduduk terpaksa mengurung binatang peliharaan mereka di kediaman masing-masing.